TRAGEDI NATRAH
|sumber dan penghargaan - http://cyberpoyo.blogspot.com/2006/11/tragedi-natrah-dulu-isteri-mansor-kini.html |
Ummat Islam sangat pantang kalau agama suci mereka disentuh atau dipermain-mainkan. Bila terkenang kembali kisah Natrah (bekas isteri Mansor Abadi) yang mana ummat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 orang, yang mengakibatkan seramai 18 orang mati syahid dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah.
Kini, timbul pula isu yang juga melibatkan seorang anak melayu (anak Mansor?) yang mana juga berpotensi membangkitkan kemarahan ummat Islam di Malaysia. Dan tak lupa juga yang sedang dibicarakan iaitu kes Azalina Jailani (Lina Joy).
Berbalik kisah Natrah; ia amat menyayat hati....
1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
Disember 1942
Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
15 November 1945
Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
1945
Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
19 Ogos 1949
polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
12 April 1950
Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
22 Mei 1950
Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura
24 April 1950
Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura
28 April
Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
19 Mei 1950
peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.
28 Julai 1950
Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
1 Ogos 1950
kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhammad, Siti Aisyah.
2 Disember 1950
Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
12 Disember 1950
Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.
12 Disember 1950
Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
13 Disember 1950
Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
15 Disember 1950
Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
Januari 1952
Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
9 Januari 1951
Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
10 Januari 1951
Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
17 September 1951
Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
Mac 1953
Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.
25 Januari 1953
Surat Mansor Adabi kepada Natrah
20 Julai 1953
Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
1954
Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri. Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
26 Januari 1956
Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
20 April 1956
Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
15 Februari 1957
Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.
20 Januari 1959
Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.
3 Februari 1959
Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
25 November 1975
Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
16 Ogos 1976
Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.
26 Disember 1976
Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
1976 C
he Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979
Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans
1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
15 September 1984
Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.
MOGA-MOGA ALLAH MENYELAMATKAN KITA SEMUA, HIDUP DAN MATI DENGAN ISLAM!
Cyberluncai: Antara Tokoh Utama yang ditahan di bawah ISA pada masa itu adalah Presiden (Yang Dipertua) PAS; Prof. Dr. Bulhanuddin Helmi....Allahu Akbar!!!
-------------------------
|SUMBER http://pasalbuku.blogspot.com/2009/07/menek-urai-tragedi-natrah-antara-bukti.html|
Kebanyakan media cetak, Jumaat (10 Julai) melaporkan kematian Maria 'Bertha' Hertogh yang pernah bergelar Natrah binti Maarof. Beliau dilaporkan meninggal pada Khamis di rumahnya di Huijberhen, selatan Belanda, akibat leukemia.
Wanita Belanda berusia 72 tahun itu diketahui umum sebagai orang yang pernah menggemparkan negara kita apabila menjadi objek utama konflik agama pada 1950. Namun tidak ramai yang sedia mengakui bahawa kanak-kanak yang dibesarkan sebagai orang Islam itu sebenarnya menjadi mangsa sentimen agama dan perkauman penjajah.
Bahkan tidak ramai yang sedar bahawa nasib seburuk itu menimpa Natrah adalah disebabkan sikap tidak serius penguasa politik Melayu-Islam di negara kita ketika itu, khususnya para pemimpin Umno, dalam membela dan mempertahankan akidah kanak-kanak itu.
Natrah atau nama sebenarnya Huberdina Maria Hertogh ialah anak pasangan Belanda Adelaine dan Adrianus Petrus Hertogh. Orang-orang Belanda memanggilnya Bertha.
Bapanya itu adalah sarjan tentera di dalam Tentera Diraja Hindia Timur Belanda di Indonesia. Adelaine pula memang menetap di Jawa, bersama kedua ibu bapa.
Apabila tentera Jepun menduduki Indonesia pada 15 Februari 1942, sebilangan tentera Belanda menjadi tawanan perang. Antara tawanan itu Adrianus yag ketika itu berusia 37 tahun.
Adelaine yang ketika itu sedang mengandungkan anak keenam mereka akhirnya menyerahkan Maria untuk dijadikan anak angkat kepada Che Aminah Mohamad. Wanita berasal dari Kemaman, Terengganu itu ketika itu menetap di Jawa bersama suaminya, Maarof Haji Abdul, yang memiliki perniagaan emas di Bandung. Kebetulan pula Aminah adalah kenalan agak rapat dengan ibu Adelaine, Louise Winterberg, seorang pelakon opera Melayu di situ.
Sejak itu Maria dibesarkan sebagai seorang kanak-kanak Islam dan diberi nama Natrah binti Maarof. Sejurus sebelum Belanda kembali merampas semula tanah jajahan daripada Jepun, beliau meninggalkan Bandung dan pulang ke kampung halamannya di Kemaman.
Di situlah Natrah menarik perhatian Pegawai Pentadbir Inggeris (Timur), Sir Arthur Locke. Kedengkian dan perasaan terhinanya melihat seorang anak Belanda dibesarkan sebagai orang Melayu beragama Islam mengubah seluruh kehidupan Natrah selepas itu.
Pentadbir Inggeris itulah yang telah menggunakan tipu muslihat memujuk Aminah supaya membawa Natrah menemui Konsul Belanda di Tanah Jajahan Singapura. Kononnya beliau ikhlas mahu membantu Aminah mendapatkan
Setelah termakan pujukan itu, Aminah membawa Natrah ke Singapura. Maka berlakulah apa yang berlaku. Pihak Konsulat Belanda membantu kedua ibu bapa kandung kanak-kanak berusia 13 tahun itu membuat tuntutan mahkamah hak penjagaan ke atas Maria.
Perbicaraan dilakukan di bawah undang-undang Inggeris. Natrah diasingkan daripada Aminah. Sementara menunggu perbicaraan, beliau ditempatkan di bawah pengawasan gereja. Gambar-gambar Natrah dipaksa kembali kepada agama ibu bapanya yang disiarkan akhbar membangkitkan kemarahan umat Islam.
Rujukan-rujukan terhadap ajaran agama Islam secara negatif dan jahat oleh para peguam pembela ibubapanya di mahkamah juga amat mengguris hati umat Islam yang mengikuti perbicaraan tersebut dan perkembangan kes itu.
Umat Islam bangkit membantah. Akidah Natrah
Jawatankuasa Tindakan Natrah ditubuhkan. Nadi penggeraknya ialah Karim Ghani, Presiden Liga Islam dan Persatuan Dakwah Islam Se-Malaya berpusat di Singapura. Beliau juga editor akhbar India Muslim, Malaya Nanban dan dua akhbar lain.
Karim Ghani dibantu sahabat karibnya, Dr Burhanuddin al-Helmy. Selaku Editor akhbar Melayu Raya, Dr Burhanuddin menghasilkan siri tulisan yang membangkitkan kesedaran dan keprihatinan umat Islam terhadap konflik dan perebutan hak penjagaan ke atas Natrah. Tidak sedikit peranan beliau dalam membangkitkan kemarahan umat Islam terhadap mainan kuasa dan penghinaan terhadap Islam oleh penjajah.
Ringkasnya, berlakulah apa yang berlaku. Natrah dikembalikan kepada ibubapanya. Mereka segera kembali ke Belanda. Rusuhan tercetus dan 18 nyawa terkorban. Beratus lagi ditahan dan dibicarakan.
Apa yang diakui cacatan sejarah, dan amat dikesalkan, peranan Umno selaku parti anak emas penjajah ketika itu hampir tiada di sepanjang pergolakan itu. Jika ada pun sokongan diberikan, ianya sangat minima. Antaranya dari pergerakan kaum ibu Umno bahagian Johor Bahru dan Negeri Sembilan.
Sardon Jubir, seorang aktivis muda Umno ketika itu terlibat secara langsung di atas profesionnya sebagai peguam. Beliau menyertai pasukan pengamal undang-undang memberi khidmat guaman kepada Aminah yang cuba menyelematkan Natrah.
Catatan sejarah mengesahkan Sardon selaku penyokong kuat Umno ada mencuba menyeret Umno ikut serta memainkan peranan sepatutnya dalam pergolakan itu, namun gagal. Umno tidak bersedia campur tangan dan tidak mahu memanfaatkan hubungan baiknya dengan penjajah untuk mencari penyelesaian lebih baik.
Malah ada penulis sejarah menafsirkan bahawa Presiden Umno, Datuk Onn Jaafar sengaja menyisih diri dan mengelak daripada terlibat dengan konflik tersebut. Sedangkan di atas kedudukan beliau sebagai pemimpin utama parti paling rapat dan disayangi penjajah British, Datuk Onn diharap dapat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi penjajah itu.
Banyak pihak beranggapan sikap, pendirian dan tindakan penjajah ketika itu dijangka tidak sekeras apa yang berlaku sekiranya Umno tidak mendiamkan diri dalam menangani kes tersebut.
Peranan Umno hanya muncul selepas tragedi berakhir. Umno hanya cuba memulihkan imej dan reputasi sebagai parti berkuasa di negara selepas Natrah sah dikembalikan kepada ibubapanya. Datuk Onn sendiri dicatatkan menyertai sepuluh pemimpin Islam menemui Gabenor Singapura untuk mendesak agar Natrah dikembalikan kepada Aminah.
Hanya selepas tragedi selesai juga, Kapten Hussein Onn selaku Setiausaha Agung Umno muncul mengarahkan ahli-ahli parti itu menyumbang kepada Tabung Rayuan Natrah.
Tidak dinafikan Umno memainkan peranan penting dalam merayu dan membela sekumpulan umat Islam yang ditahan ekoran kejadian itu. Mereka yang pada awalnya dijatuhi hukuman mati dan penjara, akhirnya dibebaskan.
Tunku Abdul Rahman yang mengambilalih jawatan Presiden Umno daripada Datuk Onn dalam satu catatannya mendakwa pembebasan mereka itu adalah hasil usaha pihak partinya.
"Semasa saya mengambil alih kepiminan Umno, saya telah bertindak dan menyuruh David Marshall membela nasib mereka yang terlibat. Kami berusaha bersungguh-sungguh dan berhempas pulas supaya hukuman mati dikurangkan kepada penjara seumur hidup.... Setelah 13 tahun dalam penjara, mereka dibebaskan," coret Tunku pada 1988.
Ya, tanpa hipokrasi kita boleh mengakui peranan dimainkan Umno itu. Namun apa yang dikesalkan ia hanya dibuat setelah selesai tragedi tersebut. Sepertimana disebutkan tadi, harapan agak tinggi diletakkan kepada pemimpin Umno sedari awal konflik tercetus.
Dengan pengaruh yang dimiliki parti itu, dijangkakan kesudahan kes tersebut tentu tidak seteruk apa yang berlaku sekiranya Umno mengambil peranan serius dalam membela Natrah. Malangnya hal itu tidak berlaku.
Pembelaan selepas itu hanya terhadap mereka yang menjadi mangsa konflik. Umno berjaya menyelamatkan beberapa nyawa dari hukuman mati. Itu kita boleh ucap tahniah dan terimakasih.
Namun perlu diingat, dalam tragedi Natrah, perkara utama yang menjadi pendorong konflik berdarah itu ialah soal akidah anak kecil itu. Umat Islam sanggup berkorban nyawa bukan kerana menyelamat diri mereka dari ditangkap dan dihukum, tetapi kerana mempertahankan kesucian akidah seorang budak yang dipaksa murtad.
Itulah fakta dan hakikat yang cuba dikelirukan Umno, hanya semata-mata bagi mengelakkan ia dipandang tidak memperjuangkan Islam. Sebab itu apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu (8 Julai) lalu mencabar PAS supaya membuktikan bahawa Umno tidak memperjuangkan Islam, ia bagaikan membuka ruang bagi PAS mendedahkan fakta dan catatan sejarah yang sememangnya tidak menguntungkan Umno.
Dalam kenyataannya itu di tengah-tengah kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil Manek Urai, Kelantan, Muhyiddin mendakwa parti ditubuhkan pada 11 Mei 1946 itu terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada PAS.
Sebab utamanya ialah kerana Umno ditubuhkan pada 1946, lima tahun lebih dahulu daripada PAS yang ditubuhkan pada 1951. Tapi itu hanya hujah loyar buruk. Apa yang dipersoalkan ialah sejauh manakah keseriusan Umno dalam memperjuangkan Islam dan mempertahankan akidah umatnya? Senarai bukti-bukti yang boleh dikemukakan bagi memperkukuhkan pertikaian itu amat panjang.
Umno yang ada sekarang mungkin boleh mendabik dada sudah banyak "memperjuangkan syiar Islam", sepertimana didakwa Muhyiddin. Namun, tidak ada mana-mana pemimpinnya yang akan dapat memadamkan catatan sejarah berkaitan tragedi berdarah di Singapura hampir 60 tahun lalu itu. Tragedi Natrah adalah antara bukti paling awal bahawa Umno tidak serius dalam memperjuangkan Islam.
(Sumber: Oleh Mat Zain Mat Isa, Harakahdaily)
Berkaitan: Tragedi Natrah (Maria Hertogh) yang berdarah
No comments:
Post a Comment